semua harga novel tidak termasuk pos

jika beli 5 buah novel, pos parcel percuma

sebarang pertanyaan boleh lah hantar email:

ciknovel@gmail.com

***bagi memudahkan carian novel,sila tengok di bahagian senarai update novel terbaru ye


15 May 2010


Ya Allah…kenapa aku rasa diriku ini bukanlah apa-apa saat ini. Bahkan aku merasa benci dengan diriku sendiri sebagai manusia tidak berguna, makhluk yang sia-sia. Begitu banyak kekurangan, begitu banyak kesalahan dan keburukan.

Apalagi ketika aku melihat orang lain yang nampak begitu sempurna dan memiliki begitu banyak kelebihan, rasanya aku semakin ingin tenggelam. Mengapa orang lain memiliki begitu banyak kelebihan sedang aku tidak memiliki apa-apa kecuali kekurangan? Mengapa orang lain berhasil dan aku selalu gagal?

Serta beribu lagi 'mengapa' lainnya yang akan membuat aku kecewa dan terluka, serta terpaku pada kekurangan-kekurangan yang aku miliki.

Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun

Ampunkanlah segala dosaku yang besar atau kecil

Semoga tak akan terulang kesalahan yang sama dimasa mendatang
Semuga Engkau beri hamba kekuatan untuk menolak segala pujuk rayu syaitan
Semoga Engkau hindarkan hamba dari tipu muslihat syaitan
Semoga Engkau mampukan hamba untuk menjaga hati hamba dari segala kotoran
Semoga Engkau gantikan sifat sedih, amarah dan cengeng dari diri hamba dengan sifat
sabar, ikhlas dan tawakal

“Ampunkan aku ya Allah, ya Hannan, ya Mannan! Berikanlah aku kekuatan dan hidayah untuk mengharungi semua ini.

Apalah ertinya aku hidup untuk mengasihi makhlukMu melebihi daripada aku mencintaiMu.

Peliharalah diriku daripada terjerumus ke lembah itu, lembah yang menjauhkan kita, yang menjarakkan diriku daripada diriMu.

Kerana bukan senang untuk memupuk cinta kepadaMu. Bukan mudah untuk meletakkan cintaMu dihatiku yang lemah lagi tak berdaya ini. Maka sekali ketakutan ini datang, lindungilah aku ya Allah.

Lindungilah hambaMu yang tidak berdaya ini


(-_-)

status:muhasabah diri

Cinta


glitter-graphics.com

Tuhan…….
Saat aku menyukai seseorang teman
Ingatkanlah aku akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama yang tak berakhir

Tuhan….
Ketika aku merindukan seorang kekasih
Rindukan aku kepada yang rindu cinta sejatiMu

Tuhan….
Jika kembali mencintai seseorang
Teruskan aku dengan orang yang mencintaiMu
Agar bertambah kuat cintaku padaMu

Tuhan….
Ketika aku sedang jatuh cinta
Agar tak melebihi cintaku padaMu

Tuhan Ketika aku berucap aku cinta padaMu
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya terpau padaMu
Agar aku tak jatuh cinta
Dalam cinta yang bukan karenaMu

Sebagaimana orang bijak berucap
Mencitai seseorang bukan apa-apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai oleh orang yang kau cinta
Sangatlah berarti

Tapi……..
Dicintai oleh seorang pecinta
Adalah segalanya……….

Tag Dari Sue



Ni first time ana mendapat tag dari sue klik..kawan blog dari blog ana yang satu lagi klik

1. Thank and link the person that give you the cow.

thanks sue kasi tag ni

2. Bagi balik wasiat pada 7 bloggers paling aktif atau tak aktif.

ana belum ada lagi follower.blog ni baru je dibuat.

3. Bagitau dieorang yang dieorang dapat dari Orang Kaya Sepening Lalat.

sape eh orang kaya sepening lalat ni???

4. Cerita 3 perkara yang selalu anda buat sambil tengok TV.
1. Menghadap laptop update entri dan facebuk. Dah menjadi tabiat sekarang ni aisshh
2. Makan sambil mengunyah…opss xmalu nya
3. Baca buku apabila iklan.ni kes x sempat baca buku.huhh

5. Bagitahu 3 makanan pelik yang pernah anda makan.
1. Durian..memang x suka makan..bau nya plak kuat..org lain suka makan memang pelik
2. Ubi keli..dah kulitnya hitam hihi
3. Ubi badak..xdelah sebesar badak.makan time musim hujan sedapnya

6. Cuba bagitahu berapa orang dah kawan anda dekat Facebook.

dah seribu lebih..ramai yang xkenal pun

7. Faveret soalan nih, camner korang jumpa spouse korang or pakwe or makwe. kat mane?

Owhh..yang ini ana belum ketemu lagi hihi

Ahlan Wa Sahlan

Ini rumah baru ana yang satu lagi.akan diupdate dengan entri2 yang berkisarkan dalam kehidupan ana.Hidup ini indah.Dengan menghayati keindahan ciptaan Allah kita dapat menyelami keagungan dan kekuasaan Allah.Allah maha menciptakan sesuatu, tetapi bagaimana kita sebagai hambaNYA dapat mengaplikasikan segala penciptaan itu didalam kehidupan seharian