semua harga novel tidak termasuk pos

jika beli 5 buah novel, pos parcel percuma

sebarang pertanyaan boleh lah hantar email:

ciknovel@gmail.com

***bagi memudahkan carian novel,sila tengok di bahagian senarai update novel terbaru ye


28 July 2010

Senarai Novel Update 28/7/10

ALAF 21

Pergilah sepi  harga sebenar harga jualan rm6 Klik sini
Hati seorang wanita harga sebenar rm19 harga jualan rm15 Klik sini



Salju kasih harga sebenar rm14.90 harga jualan rm10.00klik sini



Atika harga sebenar rm12.90 harga jualan rm7.00 klik sini

Nota cinta buatmu harga sebenar rm17.00 harga jualan rm14.00klik sini
Kerana dikau harga sebenar rm10.00 harga jualan rm6.00 klik sini booked
KL dimana suamiku –ada 2 buah harga sebenar rm19.90 harga jualan rm15.00klik sini
Sukma rindu harga sebenar rm13.00 harga jualan rm7.00klik sini booked

Bisikan rindu harga sebenar rm16.00 harga jualan rm11.00Klik sini
Sehangat asmara harga sebenar rm19.90.00 harga jualan rm15.00 klik sini

Kau kekasihku harga sebenar rm19.90 harga jualan rm16.00 klik sini


Bicara hati harga sebenar rm18.00 harga jualan rm14.00 klik sini  1 booked, 1 sold


Bayangan rindu harga sebenar rm19.90 harga jualan rm16.00 klik sini
Cinta marissa harga sebenar rm12.00 harga jualan rm7.00 klik sini

Aura kasih harga sebenar rm11.00 harga jualan rm6.00klik sini

Egois harga sebenar rm12.00 harga jualan rm7.00 Sila Klik

Hatimu untuk siapa harga sebenar rm19.90 harga jualan rm16.00 klik sini


 
CREATIVE ENTERPRISE

 
Menongkah arus harga sebenar rm4.90 harga jualan rm3.00Klik sini

Eh…iye ke ni? harga sebenar rm25.00 harga jualan rm21.00Klik sini

NB


Layang-layang bertali kaca harga sebenar rm29.90 harga jualan rm26.00 Klik sini

KARNA DYA

 
Tinggallah pujaan harga sebenar rm19.90 harga jualan rm16.00 klik sini


 
KAKI NOVEL


Sepupuku suamiku harga sebenar rm19 harga jualan rm15 Klik sini
 
Qantan biru langit harga sebenar rm16.00 harga jualan rm12.00klik sini
 
BUKU PRIMA

 
Ya Fattah cinta sakti harga sebenar rm17.90 harga jualan rm13.00 klik sini
Kala hujan menintis harga sebenar rm17.90 harga jualan rm13.00 klik sini
Seharum cinta lestari harga sebenar rm19.90 harga jualan rm16.00klik sini

harga sebenar rm19

harga jualan rm15

sinopsis:

Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.


Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.

Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan hati Nana yang keras itu.
Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.

Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana….
Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

harga sebenar rm29.90

harga jualan rm25

sinopsis:

Manja, si anak kecil Tengku Shariman yang dikurung dalam sangkar emas sering bermimpi dapat bermain layang2 sepuas hati. Apabila dia mendapat peluang dgn bantuan Pak Jusuh, pemandunya, kesempatan itu digunakan sepenuh hati.


Sesekali dia melihat layang2 itu mundur dan sesekali maju. Kadangkala dia terkejar-kejar dan kadangkala dia cuma berdiri tegak. Ketika itu barulah Manja tahu, mengendalikan layang2 bukan lah mudah.


Tidak bijak menganggar, layang2 akan menjunam. Tidak pandai memegang tali, layang2 akan mati. Hidup bagi Manja, seperti layang2. Memerlukan kebijaksanaan, memerlukan kesabaran.


Bagi Manja, bermain layang2 adalah satu kebebasan yg hakiki. Di padang itu dia boleh berlari, terbang bebas sepuasnya. Dan di situlah dia bertemu cinta s

harga sebenar rm19.90
harga jualan rm15.00
sinopis:
Dia dilahirkan di luar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dgn ketetapan Ilahi walau dendam terus menghuni di hati. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjanjikan apa2. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepenuh hati. Rupa2nya tidak ada apa yg dpt dipegang pada janji manis seorang lelaki.

Setelah sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapan diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.

20 July 2010

Senarai Novel

ALAF 21

Tak semanis impian Klik sini  sold
Seredup kasihmu harga sebenar rm19.90 harga jualan rm13.00klik sini sold
Salju kasih harga sebenar rm14.90 harga jualan rm10.00klik sini
Kau yang satu harga sebenar rm14.00 harga jualan rm7.00klik sini sold
Suara hati harga sebenar rm13.90 harga jualan rm6.00 klik sini  
sold
Masihkah ada kasih harga sebenar rm12.90 harga jualan rm7.00 klik sini booked
Atika harga sebenar rm12.90 harga jualan rm7.00 klik sini
Rindu yang pergi harga sebenar rm13.00 harga jualan rm7.00 klik sini booked
Nota cinta buatmu harga sebenar rm17.00 harga jualan rm14.00klik sini
Kerana dikau harga sebenar rm10.00 harga jualan rm6.00 klik sini booked
KL dimana suamiku –ada 2 buah harga sebenar rm19.90 harga jualan rm15.00klik sini
Sukma rindu harga sebenar rm13.00 harga jualan rm7.00klik sini booked

Bisikan rindu harga sebenar rm16.00 harga jualan rm11.00Klik sini booked
Sehangat asmara harga sebenar rm19.90.00 harga jualan rm15.00 klik sini booked
Tak seindah mimpi harga sebenar rm24.00 harga jualan rm19.00 Klik sini sold
Manisnya cinta harga sebenar rm17.00 harga jualan rm12.00
booked
Kau kekasihku harga sebenar rm19.90 harga jualan rm16.00 klik sini
Cinta pertama harga sebenar rm19.90 harga jualan rm15.00 booked
Pelabuhan kasih harga sebenar rm14.00 harga jualan rm9.00 klik sini sold
Senafas rindu harga sebenar rm19.90 harga jualan rm15.00Klik sini  sold
Buatmu kekasih harga sebenar rm19.90 harga jualan rm16.00klik sini booked
Bicara hati harga sebenar rm18.00 harga jualan rm14.00 klik sini  1 booked, 1 sold
Hadirnya cinta harga sebenar rm15.00 harga jualan rm10.00 klik sini sold
Jika benar cinta harga sebenar rm18.00 harga jualan rm13.00 klik sini sold

Bayangan rindu harga sebenar rm19.90 harga jualan rm16.00 klik sini
Cinta marissa harga sebenar rm12.00 harga jualan rm7.00 klik sini
Selaut kasih harga sebenar rm14.00 harga jualan rm8.00klik sini booked
Aura kasih harga sebenar rm11.00 harga jualan rm6.00klik sini
Seharum kasih harga sebenar rm17.00 harga jualan rm12.00 klik sini  sold
Egois harga sebenar rm12.00 harga jualan rm7.00 Sila Klik
Meniti mimpi harga sebenar rm14.00 harga jualan rm7.00 Klik Sini sold
Hatimu untuk siapa harga sebenar rm19.90 harga jualan rm16.00 klik sini
Rindu semalam klik sini booked
CREATIVE ENTERPRISE

 
Menongkah arus harga sebenar rm4.90 harga jualan rm3.00Klik sini
Cemburu seorang perempuan harga sebenar rm18.90 harga jualan rm14.00Klik sini sold
Eh…iye ke ni? harga sebenar rm25.00 harga jualan rm21.00Klik sini

NB


Layang-layang bertali kaca harga sebenar rm29.90 harga jualan rm26.00

KARNA DYA

 
Tinggallah pujaan harga sebenar rm19.90 harga jualan rm16.00 klik sini

JEMARI SENI

 
5 tahun 5 bulan harga sebenar rm20.00 harga jualan rm16.00 klik sini booked
Pelangi harga sebenar rm22.00 harga jualan rm19.00klik sini sold
aA+bB harga sebenar rm20.00 harga jualan rm16.00klik sini booked
KAKI NOVEL

 
Qantan biru langit harga sebenar rm16.00 harga jualan rm12.00klik sini
Suatu penantian harga sebenar rm22.00 harga jualan rm19.00klik sini booked
BUKU PRIMA

 
Ya Fattah cinta sakti harga sebenar rm17.90 harga jualan rm13.00 klik sini
Kala hujan menintis harga sebenar rm17.90 harga jualan rm13.00 klik sini
Seharum cinta lestari harga sebenar rm19.90 harga jualan rm16.00klik sini

19 July 2010

Creative Enterprise


Menongkah arus (harga sebenar rm4.90)
harga jualan rm2.00

sinopsis:


Dia sentiasa bertekad,biar mati kelaparan tetapi jangan gadai maruah untuk menebus kemiskinan. Lalu dia menongkah walau sederas mana arus itu menderu.

Cinta semalam (harga sebenar rm11.90)
harga jualan rm5.00 

sinopsis: 



Semalam adalah kenangan yang sukar untuk dilupakan. Mengingatinya bagi Rozana,bagai suatu igauan waktu senja. Bagi Burhan, kenangan semalam adalah awan mendung yang telah berarak lalu. Namun, pertemuan kali keduanya itu bagai mentari gerhana. Lalu, dia menyerahkan kepada takdir untuk menentukan keunggulan sebuah cinta.


Cemburu seorang perempuan (harga sebenar rm18.90)
harga jualan rm13.00

sinopsis: 

Tidak sulit beristeri dua, Dhiya…kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yng kedua itu penuh reda sepertimu... isteri, diwajahmy ada syurga..yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu ...namun yang sesekali itu,aku seringnya tidak mampun untuk memenuhinya. Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita..aku lemas sebelum waktunya. Andainya, syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana…selayaknya aku dimana? Dan adalah syurga buat suamiku…suami yang seringkali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri…melamarmu menjadi isteri kedua adakah sesuatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu nmenjadikan aku seorang suami yang gagal….


Eh…iye ke ni? (harga sebenar rm25.00)

 harga jualan rm20.00

sinopsis: 


“I dilahirkan di sana. Dibesarkan di sana, diberikan didikan di sana. Susah nak lupakan kota itu. Segalanya indah dan menyeronokkan tentang London.”
“kenapa you lebih sukakan kota London dari Malaysia sedangkan father dan mother you anak Melayu tulen. You sendiri pun mata tak warba biru pula. Rambut pun hitam.”
 




Alaf 21






Atika (harga sebenar rm12.90)
harga jualan rm6.00

sinopsis:

Dunia itu hanya seronok. Wanita baginya hanyalah alat untuk memuaskan nafsu. Ketika keinsafna mula berputik, sebutir bom jangka telah meragut nyawanya.





KL dimana suamiku –ada  2 buah( harga sebenar rm19.90)
harga jualan rm14.00


sinopsis:
Sesekali bukan tidak terlintas di ruang fikiran, apakah perkahwinan ini satu percaturan? Natasya pernah bertanya pada diri sendiri tentang harga sebuah kasih sayang, sebuah kesetiaan seorang suami. Sudah puas dia menjadi isteri yang baik pada seorang suami yang bernama Nazril – lelaki yang berpura, lelaki yang tidak tahu menilai erti setia.

Perlukah diturut kata hati, mencurah rasa hati pada lelaki yang bukan suami? Menderhakakah dia, jika dalam kesepian, dia menyambut salam Baha yang baik dan penyayang? Dia sebenarnya penasaran, antara membuat pilihan, antara membuat keputusan. 


Lantas wanita yang bernama Natasya itu dalam dilema, diburu resah. Ada kesal, ada bimbang, ada kemarahan yang datang dan pergi. Dan hatinya sering bertanya sampai bila segalanya akan ada penyudah...


***semua novel dalam keadaan baik dan baca sekali je

Buku Prima


Ya Fattah cinta sakti (harga sebenar rm17.90)
harga jualan rm12.00

sinopsis:
Ya Fattah bukan saja tergolong di antara 99 nama ALLAH. Malah rangkaian dari himpunan Asma'ul Husna ini mempunyai zat dan fadhilat yang cukup besar kepada pengamalnya. Namun di dalam novel ini, Fattah adalah seorang lelaki yang sangat bijak, mempunyai rupa paras yang baik, berilmu agama tinggi dan berakhlak mulia. Namun kesempurnaan fizikal lelaki ini menyimpan satu rahsia besar yang tidak diketahui umum. Fattah dilahirkan dengan satu kuasa telekinetik yang cukup ampuh malah kuasa mindanya yang dapat melihat masa depan.

Kala hujan menintis (harga sebenar rm17.90)
harga jualan rm12.00

sinopsis:
Kisah antara Nadia dan Khairil yang ingin memulakan hidup baru dan bebas dari belenggu hidup.

Seharum cinta lestari (harga sebenar rm19.90)
harga jualan rm15.00

sinopsis:

Perasaannya terus dibelenggu peristiwa silam. Kenang-kenangan itu bertindak kejam, menjadikannya gadis yang tidak langsung mengharapkan kehadiran lelaki. Melihat Hanan Alaa diperlakukan sehina itu dan sekejam itu, dia menjadi betah hidup sendirian tanpa sekelumit keinginan untuk berganding dengan lelaki. Jauh sekali bergantung pada kaum itu. - Lestary.

Biar siapa pun dia, siapa pun tunangnya, yang pasti di hatinya gadis itu tetap abadi. Dafiezudin mahu melestarikan Lestary sebagai gadis pertama dan mungkin juga terakhir. Dia sedar, merampas milik orang boleh dianggap merompak. Kerja merompak berdosa besar. Dia tahu. - Dafiezudin.

Dalam tenang memandu, Lestary gelisah. Doanya tidak makbul. Barangkali dia tidak ikhlas meminta! Marahnya pula. Dalam ikhlas mahu belajar mencintai Razrim, Dafiezudin mencucuk duri berbisa. Terlalu sakit dia. - Lestary.

Dafie tidak mungkin membuang orang yang dia sayang begitu saja. Dia tidakkan mudah melatah walaupun digempur badan. - Razrim.

Kaki Novel


Qantan biru langit (harga sebenar rm16.00)
harga jualan rm11.00

sinopsis:

Qantan Biru Langit hanyalah seorang gadis biasa namun dia berjaya mencuri pandang tiga orang lelaki yang berada di sekelilingnya iaitu Razif Khusaini, Khalid Zhafran dan Rafael Vivarte.

Sekental mana jiwa Qantan mengharungi kehidupannya, hatinya masih percaya bahawa suatu hari nanti dia akan ketemu juga dengan lelaki terbaik Malaysia yang bakal menjadi raja di dalam hidupnya.

Siapakah lelaki tersebut? Adakah pilot cabuk yang pernah ditunangkan dengannya sewaktu kecil bakal menemani hidupnya yang sunyi, atau Khalid Zhafran, pemain tenis terbaik dunia yang ‘dingin beku’ orangnya atau mungkin juga Rafael Vivarte yang mencuri pandang dari jauh untuk bertamu di laman hati Qantan.

Suatu penantian (harga sebenar rm22.00)
harga jualan rm18.00

sinopsis:
Zaru…aku umpamakan kau seperti arca yang membalikkan semua kenanganku bersama si dia. Tanpa aku sedari sebenarnya kita telah menciptanya bersama. Lama aku mengenanginya dengan air mata. Sesuatu telah terjadi kerana tohmahan dan juga kerana kumbang lain yang ingin memiliku……
***semua novel ni baca sekali je dan masih dalam keadaan baik

Karna Dya


Tinggallah pujaan (harga sebenar rm19.90)
harga jualan rm15.00

sinopsis:

NURAIN, seorang kanak-kanak nakal, lincah dan periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung.

Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman, terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah dan saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.

Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yang tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta dan rindu. Kepada siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasa itu kalau bukan Haikal? Lelaki yang sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka dan juga duka.

Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya…
“TINGGALLAH PUJAAN”… Ungkapan yang amat memeritkan Nurain… Namun dia harus merelakan.
***buku ni dibaca sekali je dan masih dalam keadaan baik

Jemari Seni


5 tahun 5 bulan (harga sebenar rm20.00)
harga jualan rm15.00

sinopsis:

Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....

Kata Ana: Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati Along: Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along?

Sepertimana dia cekap sebangai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak mula. Hatinya pernah berperi:boys're stupid. Some men too.


Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati...mengisi nurani
 
Pelangi (harga sebenar rm22.00)
harga jualan rm18.00

sinopsis:

Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah Pelangi...

Ceritera I

PELANGI – SYUD


Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman.
Iman tak cantik macam pelangi...
Tapi,
Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...

Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?

* * * *


Ceritera II

KED’S STORY – HLOVATE


Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawal
a lady... a romeo... a skater...
Florida-Virginia ... Malaysia-USA

Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!

kalau nak diikutkan logik....
cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...
masuk akal ke?

* * * *

Ceritera III

RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG – NOOR SURAYA

Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing?

“... papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia.” Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum.
“Semua orang bilang mas sangat pendiam.”
“... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka.”

Gadis yang aku suka?

Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu ‘berlari’ jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini? 

aA+bB (harga sebenar rm20.00)
harga jualan rm15.00
sinopsis:

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:

1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun kemudian...

Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz

Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert’s Serenade, Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.
***sume buku ni hanya di baca sekali dan dalam keadaan baik