Tajuk: Untuk Kau dan aku by Najwa Aiman
Harga Asal: Rm34.90
Harga Jual: Rm20.00
***agak tebal lebih 8ratus pages
Sinopsis:
Mengapa persahabatan ini tiba-tiba berlainan rasa? Sedar atau tidak... kasih sayang perlahan-lahan mengambil ruang... menyusur, menyusup di celah-celah bicara kau dan aku. Kau masih tidak sedar... bila sesekali ayatku menyongsang makna... bicaraku mula bertukar nada. Malangnya kau masih jua tidak sedar-sedar... tatkala melamarku buat teman baikmu. Atau... egokah yang meletakkan kau dan aku dalam jurang yang amat payah? Miza... aku tahu matamu basah bila kau cuba mengalah. Dan sendumu itu masih mampu kudengar walau kau cuba menjauh...
Sedari menengah Rendah lagi Azhar telah belajar untuk menaruh hati pada rakan berlawan jenis. Namun rasa hati itu cuma dipendam begitu saja. Berpindah sekolah Azhar mula belajar bercinta dengan Shima yang juga bersekolah satu kawasan dengan sekolahnya. Cinta itu juga tidak kemana bila jarak masa dan tempat memisahkan mereka. Di tahun 2 jurusan undang-undang Azhar bertemu lagi dengan Azura yang juga mengambil kursus yang sama tahun 1, dan obsesnya kambuh semula. Sayang, Azura sudah berteman dengan Zarif. Justeru Azhar berterusan memendam hati...
Obsesnya pada Azura menghadirkan fitnah buat dirinya. Tanpa sahabat baik seperti Miza mungkin Azhar akan terus kecewa. Hanya Miza yang selalu hadir dalam hidupnya memahami, walaupun kadang-kadang terasa mahu melarikan diri darinya, Miza yang kepoh, selamba dan sahabat sejati.
Untunglah Azhar diminati ramai gadis, pertemuan dengan Faziha 'the iron lady' rakan 'chambering' yang akhirnya menjadi rakan kongsinya juga membibit rasa (sekurang-kurangnya bagi pihak Faziha). Miza yang menjadi sahabat setia beria-ia menemukannya dengan Azura dan menyuruhnya berterus terang. Tapi itukah yang Azhar inginkan, sedangkan dia tahu siapa Azura, rahsia yang terus dirahsiakan pada sesiapa pun. Miza betanya "Siapa kah yang membuatnya bahagia?" Azura, Shima atau Faziha. siapakah di antara mereka yang membuatkannya lelaki paling bahagia kalau bukan teman sejati, yang memahami dirinya dan sanggup berkorban untuknya.
No comments:
Post a Comment