Hatimu untuk siapa (harga sebenar rm19.90 )
harga jualan rm15.00
sinopsis:
sinopsis:
Mazwin dan Szaza, dua beradik yang berlainan karektor; seorang model janda beranak satu yang ‘berani’ dan seorang lagi suri rumah penuh kesopanan. Suatu hari Szaza yang penyantun itu bertukar menjadi amat buruk apabila terlihat kekasih lamanya di kaca tv. Sejak itu Szaza gelisah dan watak baiknya luntur. Dia mahu kembali ke tangan Izam, kekasih yang telah menjadi kaya, popular dan ternama itu.
Izam sudah cukup bahagia bersama isterinya Salina, namun dia sentiasa merindui kekasih-kekasih lamanya. Dari sudut yang lain dia adalah ‘syaitan’ yang bertopengkan manusia apabila menjalin perhubungan dengan beberapa wanita cantik.
Szaza melakukan pelbagai usaha untuk menghubungi Izam dan dia amat terperanjat apabila mendapati Mazwin telah mendahului. Berlaku persaingan senyap tanpa disedari oleh kedua-dua pihak hingga membawa kepada pelbagai insiden yang membabitkan harta, nyawa dan perasaan. Soalnya, betulkah yang ditemui oleh Mazwin dan Szaza itu Izam?
Sebuah novel motivasi terunggul untuk dihayati, dinikmati serta diambil 1001 pengajaran daripadanya.

Cinta marissa (harga sebenar rm12.00)
harga jualan rm6.00
sinopsis:
sinopsis:
Marissa meninggalkan keluarganya setelah putus cinta dengan Rahimi. Dia berkelana membawa diri. Di sebalik kedudukan keluarganya yang bangsawan, Marissa menyamar seperti orang biasa. Dari seorang gadis yang lembut dan penyayang, Marissa berubah menjadi kasar, degil dan pemarah.
Perkenalannya dengan Adibah, Ishqal, Umi Nor, Iqbal dan Espariza telah membuka dimensi baru dalam hidupnya. Diam-diam, Marissa jatuh hati pada Iqbal yang pendiam. Ishqal pula bertepuk sebelah tangan apabila Adibah menolak kasihnya. Umi Nor pula dimadukan oleh suaminya dengan gadis yang sebaya anak mereka. Dan Espariza pula rupanya isteri kedua Tan Sri Ahmad Shuib iaitu suami Umi Nor. Semuanya memang tak diduga!
Dalam suka ada duka. Dalam bahagia ada derita. Begitulah tragedi yang menimpa Marissa. Setelah ternoda, dia cuba menjauhkan diri. Namun, Iqbal datang menghantar pinangan. Tapi... Marissa menolaknya. Akhirnya, Marissa akur; "aku cintakan kau Iqbal..."

Kau kekasihku (harga sebenar rm19.90)
harga jualan rm15.00
sinopsis:
Pandanglah ke dalam mataku.... selamilah jauh hingga ke dasranya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?
Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga... bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.
Sungguh kesucianku tak tercela, tapi.... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu 'menyentuhku'? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi... mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri?
Ah, lelaki... apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati teru terluka?
"Dhira percayalah... cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku"
sinopsis:
Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini ku lalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati.
Pandanglah ke dalam mataku.... selamilah jauh hingga ke dasranya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?
Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga... bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.
Sungguh kesucianku tak tercela, tapi.... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu 'menyentuhku'? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi... mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri?
Ah, lelaki... apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati teru terluka?
"Dhira percayalah... cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku"
No comments:
Post a Comment