semua harga novel tidak termasuk pos

jika beli 5 buah novel, pos parcel percuma

sebarang pertanyaan boleh lah hantar email:

ciknovel@gmail.com

***bagi memudahkan carian novel,sila tengok di bahagian senarai update novel terbaru ye


19 July 2010

Alaf 21





Salju kasih (harga sebenar rm14.90)
harga jualan rm9.00

sinopsis: 


30 tahun lalu, Seri kehilangan anaknya Cempaka Latifah yang ketika itu berusia 10 tahun. Tragedi itu menyebabkan Seri merantau membawa diri, hilang anak, suami, dihantui peristiwa hitam dan hidup terbuang begitu saja.

Cempaka latifah yang dewasa tanpa kasih sayang serta belaian ayah dan ibu,akhirnya bertemu jodoh dengan Samad,seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Sejak itu, bermulah episod pilu dan ngeri dalam hidupnya. Benarlah, kita makhluk yang bersifat tidak pernah tahu walau sebesar zarah pun perjalanan hidup sendiri.

Ujian paling getir dalam hidup, apabila suami sendiri sanggup menjual maruah Cempaka Latifah dan anaknya. Bahang penderitaan semakin menyengat.Dalam usia semuda itu, apalah seorang anak mengerti tentang harga diri,malu kecewa seorang ibu apabila musibah melilit dirinya.

Salju kasih sebuah kisah kepincangan masyarakat yang membawa persoalan, betapa kemiskinan membelit kehidupan,manusia mudah hilang pertimbangan.

 Rindu semalam (harga sebenar rm15.00)


kertas menjadi kuning
harga jualan rm6.00

sinopsis:


Cinta yang tidak dilafazkan ibarat pohon rending yang tidak berbuah.begitulah derita yang membekam hati Maizura. Dia menanti Wan Baharin melafazkan cintanya. Namun, lelaki itu kian jauh tanpa sebarang janji untuk sehidup semati.
Sejak itu hanya rindu saja yang memujuk hatinya agak terus menanti. Tiga lelaki dating silih berganti untuk menagih kasihnya. Namun, bayangan Wan Baharin menghantui kenangannya. Dan dia sendiri masih terus mengharap, sedangkan harga sebuah penantian sentiasa dibayar dengan air mata.
Akhirnya, Wan Baharin kembali untuk melafazkan bahawa Maizura adalah cintanya, Maizura adalah rindunya dan Maizura ada sesuatu di hatinya sejak dulu lagi. Apakah rindu semalam itu menjadi impian atau igauan hari esok?




No comments: